LAMAN UTAMA

10 April, 2010

SPPICTS

08 April 2010:

Jadual Penuh Pengumpulan Data

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)
Jadual Baru Pengisian Data Maklumat SPPICTS 2010
Kutipan 1/2010 (12 April - 9 Mei 2010)

Tarikh & Negeri

12-13 April 2010 : Johor
14-15 April 2010 : Perak
16 April 2010 : Melaka & Perlis
17 April 2010 : Terbuka kepada semua negeri
18 April 2010 : Kelantan
19-20 April 2010 : Sabah
21-23 April 2010 : Sarawak
24 April 2010 : Terbuka kepada semua negeri
25-26 April 2010 : Kedah
27-28 April 2010 : Selangor
29 April 2010 : Negeri Sembilan
30 April 2010 : Pahang
1 Mei 2010 : Cuti Umum - Hari Pekerja
2 Mei 2010 : Terbuka kepada semua negeri
3 Mei 2010 : Pulau Pinang
4 Mei 2010 : Terengganu
5 Mei 2010 : WP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
6-9 Mei 2010 : Terbuka kepada semua negeri yang terlewat

Catatan:

· Untuk mengelakkan kesesakan, dipohon semua PKG dan sekolah ikut jadual di atas semasa mengisi data SPPICTS (melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my ).

· Pada 17 April (Sabtu), 24 April (Sabtu) dan 2 Jun (Ahad) terbuka kepada semua negeri.

· Pada 6 Mei (Khamis) hingga 9 Mei (Ahad) terbuka kepada semua negeri yang terlewat.


======================================


ARKIB

12 MAC: MAKLUMAT TERKINI

Usaha merancang dan menyelaras hala tuju inisiatif ICT pendidikan dan menyediakan sokongan perkhidmatan ICT untuk semua sekolah di bawah KPM, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) diberi tanggungjawabuntuk memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran serta pengurusan sekolah. Lapan (8) medan inisiatif ICT yang dikenal pasti untuk dipantau dan dinilai pada tahun ini adalah seperti berikut:

1) Capaian Internet
2) Pusat Akses Sekolah
3) Makmal Komputer
4) EduWeb TV
5) Peralatan PPSMI
6) Perisian Kursus Pendidikan
7) ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran
8) Perkongsian Pintar

Sehubungan dengan itu, kutipan data secara online dengan menggunakan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS) bagi tahun ini akan dilaksanakan sebanyak tiga (3) kali seperti berikut:

1) 21 Mac hingga 09 April 2010
2) 20 Jun hingga 09 Julai 2010
3) 19 Sep hingga 08 Oktober 2010

Semua sekolah diminta mengemaskinikan maklumat penggunaan inisiatif ICT tersebut dalam SPPICTS yang boleh dilayari secara online melalui URL http://ssqs, moe.edu.my ATAU http://pnp.moe.edu.my hanya pada tarikh-tarikh di atas sahaja.

=================

(13 Feb):

PKG belum menerima sebarang perkembangan terbaru berkaitan SPPECTS buat masa ini untuk dimaklumkan. Sila ikut perkembangan dari semasa ke semasa.

Terima kasih.

=================

Dimaklumkan bahawa kutipan data untuk perkara seperti di atas akan berjalan mulai 14 September 2009 hingga 02 Oktober 2009.

Mohon kerjasama GPB/Guru ICT sekolah-sekolah ahli kemaskini maklumat sedia ada seterusnya menghantar satu salinan borang (hard copy) yang telah dilengkapkan ke PKGTM.

Sila hubungi PKG sekiranya tuan/puan menghadapi kesulitan.

Sekian, terima kasih.