STS DITERUSKAN
Dimaklumkan bahawa penggunaan Support Ticketing System (STS) untuk laporan kerosakan peralatan ICT masih digunakan untuk tahun 2010.
Sekolah-sekolah yang mempunyai peralatan ICT mulai 2002 yang telah tamat tempoh jaminan (warranty) boleh memohon penyelenggaraan melalui STS.
Asas proses laporan STS adalah seperti berikut:
1) Sekolah buat laporan melalui STS
2) PKG akan hadir untuk troubleshoot dan pengesahan
3) Kes ditutup jika kerosakan dapat diatasi
4) Jika rosak, salinan dokumen DHM dan Kew.PA6 diperolehi
5) Laporan STS dipanjangkan ke BTPN (escalate)
6) Salinan DHM dan Kew.PA6 dihantar ke PPD
7) PPD arahkan kontraktor untuk penyelenggaraan
8) Kes ditutup setelah selesai penyelenggaraan
9) Pembayaran oleh PPD kepada kontraktor
Sila hubungi PKG untuk keterangan lanjut.
Sekian, terima kasih.
PERINGATAN SEMASA KEY-IN LAPORAN
Terdapat 9 maklumat penting diperlukan pada petak 'Description'
Perkakasan : _____(cth: Notebook)
Jenama/Model : _____(cth: IBM Netvista A30)
No.Siri : _____(cth: CNF5520B1Y)
Tahun perolehan: _____(cth: 2003)
Lokasi : _____(cth: Bilik Guru)
Masalah : _____(cth: Tiada paparan langsung)
Nama Pelapor : _____(cth: En.Mamat bin A.Jalil)
Jawatan Pelapor: _____(cth: Penyelaras ICT)
No.Tel.Pelapor : _____
MESEJ DARI UNIT MEJA BANTUAN, BTP
MEMOHON KERJASAMA TUAN/PUAN UNTUK MENYENGGARA STATUS LOG DALAM STS YANG TELAH SELESAI KEPADA STATUS "CLOSED".
SEGALA PERMASALAHAN ICT DI SEKOLAH BOLEH DILAPORKAN KE STS ATAU MELALUI TALIAN KPKPM 1-800-88-4774. INI KERANA MASIH TERDAPAT SEBILANGAN SEKOLAH YANG TIDAK MELAPORKAN PERMASALAHAN SECARA "ONLINE" MAHU PUN MELALUI TALIAN KPKPM.
STS MERUPAKAN SATU SISTEM PENGURUSAN LOG MASALAH ICT DI SEKOLAH. SEGALA PERMASALAHAN ICT PERLU DIREKODKAN DALAM SISTEM INI KERANA MAKLUMAT YANG DIPEROLEH AKAN DIJADIKAN ASAS PENYENGGARAAN ICT YANG DIPERLUKAN OLEH PIHAK SEKOLAH.
KERJASAMA TUAN/PUAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.
Unit Meja Bantuan
Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan