Seterusnya pihak sekolah akan menerima baki peralatan dan pemasangan akan terus dibuat. Mohon kerjasama GPM/Penyelaras PSS menghantar maklumat seperti di bawah ke PKG untuk pelaporan sebaik sahaja menerima peralatan tersebut.
Bahagian bertanda (*) perlu diisi.
Bagi sekolah yang belum menerima peralatan tersebut SILA CATATKAN "BELUM TERIMA" di ruang Catatan selain daripada perkara yang bertanda (*).
Sekian, terima kasih.
(Lihat Laporan Status Pemasangan)
Arkib:
(07 Januari 2010)
Berita Baik...Januari 2010...semua sekolah akan diberi perkhidmatan TV Pendidikan 13 saluran melalui Kampus Astro...Ikuti perkembangan maklumat dari masa ke semasa...
Setiap PKG dan sekolah akan mendapat bekalan baru set ASTRO bersama TV Plasma 32”. Pihak ASTRO membelanjakan RM30 juta bagi membiayai projek ini. Kontrak selama tiga tahun (01.01.2009 - 31.12.2011). Pemasangan di PKG akan bermula pada awal Januari 2010 manakala pemasangan di sekolah pula pada hujung Januari 2010...Tunggu perkembangan seterusnya...