Modul 'FIVE' yang diperkenalkan pada bulan Ogos 2009 kepada Ketua-ketua Panitia B.Inggeris Sekolah-sekolah Rendah Kelompok PKG Tg.Malim di harap telah berjalan sepertimana yang dirancang dan sedang menuju ke peringkat akhir.
Di penghujung program ini nanti (Oktober 2009) borang kajiselidik akan dikeluarkan untuk mendapatkan maklum balas mengenai keberkesanan modul ini. Adalah diharap Ketua-ketua Panitia berkenaan dapat mempastikan aktiviti ini dapat dilaksanakan di peringkat sekolah masing-masing dalam menjayakan usaha PPD membantu guru-guru Bahasa Inggeris.
Sekian, terima kasih.