LAMAN UTAMA

20 December, 2009

KEPUTUSAN MESYUARAT JK PENGURUSAN BIL.2/2009

Mesyuarat di atas telah berjaya dilaksanakan pada 8 Disember 2009. Terima kasih kepada semua yang terlibat - PPD, BTPN, Pengetua/Guru Besar sekolah-sekolah kelompok PKGTM, Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Batang Padang dan warga PKGTM

Antara Dapatan:
Permuafakatan secara menyeluruh. Kata putus positif ke arah peningkatan pengurusan terutama aktiviti 2010. Kepuasan sekolah ahli atas penglibatan PKG dalam K/Bantu sepanjang 2009. Juga kepuasan pihak PPD atas peranan PKG dalam aktiviti peringkat Daerah Btg.Padang.

Harapan:
JK Pengurusan dan JK Kerja dapat menggembeling tenaga dan idea merancang dan melaksanakan aktiviti ke arah konsep 'PKG Hak Bersama'. Fokus terhadap P&P atau kurikulum dapat diperluaskan.

Maklumat Tambahan:
GPM dan GPB diharap dapat membantu Pengetua/Guru Besar sekolah masing-masing untuk mengenal pasti kursus/bengkel yang sesuai dijalankan untuk aktiviti 2010. Keutamaan adalah diberi terhadap bengkel yang boleh menyumbang ke arah P&P yang berkesan.