Aktiviti telah berlangsung pada 17.11.2009 dengan penglibatan 13 sekolah. Antara yang hadir - Tn.Hj.Abdul Kadir Jaafar (SKTM), En.Zubiar Zainol (SKSB), En.Aznam A.Manap (SKDK) dan Pn.Zaleha (SK Proton City).
Pihak Rumah Sejahtera (RS) sangat berbesar hati menerima kunjungan dan sumbangan dari rombongan ini dan mengalu-alukan aktiviti seterusnya di masa-masa akan datang.
Rombongan turut dibawa melawat Pusat Jagaan Harian (PJH) di samping berkenal mesra dengan penghuni Rumah Sejahtera.
Antara maklumat untuk dikongsi:
Aktiviti Khidmat Sosial beraneka bentuk seperti bantuan kewangan atau tenaga termasuk mendampingi penghuni RS sangat dialu-alukan.
Kutipan-kutipan derma bermusim seperti Hari Raya, Sambutan Tahun Baru, Hari Ibu/Bapa juga dicadangkan penganjurannya di peringkat sekolah-sekolah.
PJH menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada warga tua tempatan yang sangat memerlukan perkhidmatan tersebut ke hospital/klinik tempatan terutama dalam keadaan kecemasan.
PJH juga mempunyai kemudahan riadah berbentuk 'Mini Gym' untuk warga tua yang ingin melapangkan fikiran atau masa sepanjang waktu pejabat.
Kepada yang menjayakan program ini diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
(Rujuk Persembahan Slaid bahagian kiri di bawah tajuk 'Lawatan Amal')