Sukacita dimaklumkan bahawa semua makluman/pengumuman oleh PKGTM selepas ini yang menggunakan istilah GPM (Guru Perpustakaan & Media) akan juga merujuk kepada Penyelaras PSS yang mana kedua-duanya bertanggung jawab terhadap PSS.
Begitu juga istilah GPB (Guru Penyelaras Bestari) akan merujuk kepada Penyelaras ICT yang mana kedua-duanya bertanggung jawab terhadap pengurusan ICT sekolah.
Penggunaan istilah-istilah tersebut hanya akan digunakan dalam emel PKGTM, blog PKGTM atau Laman Web PPD Daerah Batang Padang.
Sehubungan itu GPM dan GPB diharap dapat terus saling berganding bahu dalam proses menerima maklumat secara online agar sekolah sentiasa di tahap 'Well-informed'.
Untuk itu PKGTM sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat cemerlang dan kerjasama GPM dan GPB selama ini.
Sekian, terima kasih.