Sehubungan dengan penganjuran Pertandingan Menghasilkan Bahan P&P Menggunakan PowerPoint 2010 oleh BTPN Perak, PKGTM mengambil inisiatif untuk memberi bimbingan dan 'tips' penghasilan bahan tersebut kepada guru-guru yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut.
Pengalaman 2 tahun berturut-turut menyertai serta memperoleh kejayaan di peringkat negeri seharusnya usaha ini dapat diteruskan. Apa yang lebih menyerlah ialah sekurang-kurangnya guru-guru dari sekolah ahli telah dapat menghasilkan bahan interaktif yang berkualiti tinggi untuk kegunaan sendiri mengikut tahap dan keperluan sekolah masing-masing.
Untuk tujuan tersebut guru-guru yang berminat dipelawa untuk menghubungi PKGTM agar sesi bimbingan dapat diuruskan secara formal.
Mohon sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan sejawat di sekolah tuan/puan. Kepada yang berminat sila nyatakan nama penuh, no.telefon, emel serta nama sekolah. Terima kasih atas kerjasama tuan/puan.
Emel: pkg_tanjung_malim@moe.edu.my
Tel : 05-4598145