Projek ThinkQuest merupakan pembelajaran atas talian yang membenarkan guru mengintegrasikan projek pembelajaran kurikulum ke dalam bilik darjah bersesuaian dengan kemahiran dan pembangunan modal insan ke arah abad ke 21. Seramai 20 orang Guru Penyelaras Bestari dan Guru ICT daripada 20 buah sekolah sekitar Sungkai, Slim River dan Tanjong Malim telah terpilih untuk menyertai bengkel ini, 7 buah sekolah daripadanya adalah dari kelompok PKG Tanjong Malim. Sekolah-sekolah tersebut ialah :
- SK Datuk Nan Kaya
- SK Behrang
- SK Sungai Behrang
- SK Dato` Kamaruddin
- SK Tanjong Malim
- SK Methodist
- SK Proton
Wakil daripada JPN, BTPN dan juga PKG juga bersama-sama mengikuti bengkel ini.
Peserta atau GPB/GPICT yang mengikuti kursus ini dilantik menjadi Penyelaras Projek Oracle Thinkquest sekolah dan akan membantu guru dalam mengintegrasikan Portal ThinkQuest dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Diharapkan agar semua Penyelaras Projek Oracle Thinkquest akan membuat kursus dalaman kepada guru sekolah. Semoga program ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua guru untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sekiranya pihak sekolah tidak mengakses portal ini selama 12 bulan, akaun ini akan ditamatkan. Portal Oracle Thinkquest ini boleh dilayari di laman sesawang http://www.thinkquest.org/en/