Bersesuaian dengan peranan PKG bengkel berasaskan PSS dan ICT akan diteruskan. Namun pada tahun ini bengkel-bengkel yang dapat membantu P&P akan juga diselitkan.
Berikut adalah antara bengkel-bengkel yang sedang dipertimbangkan:
- Bengkel Pengurusan PSS Lanjutan
- Bengkel Penggunaan Kampus Astro
- Bengkel Asas Fotografi
- Bengkel Pembinaan BBM Menggunakan Photoshop
- Bengkel Penghasilan Bhn P&P Menggunakan PowerPoint
Guru-guru terutama Ketua Panitia dan Guru Mata Pelajaran Teras boleh mencadangkan bengkel yang difikirkan sesuai dijalankan oleh PKG. Bagaimanapun kelulusan dan keutamaan akan melibatkan peruntukan kewangan dan kebenaran pihak PPD dan BTPN.