LAMAN UTAMA

06 January, 2010

DAFTAR HARTA MODAL (DHM) PERALATAN ICT

Dimaklumkan bahawa semakan oleh JPN Perak mendapati peralatan ICT yang diaudit oleh RHL Engineering Sdn.Bhd berbeza dengan jumlah peralatan yang dibekalkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat KPM ke sekolah-sekolah.

Pihak sekolah diminta mempastikan SEMUA DHM bagi peralatan ICT yang telah tamat tempoh jaminan bermula tahun 2002 telah diperolehi dan diambil kira oleh pihak RHL Engineering Sdn.Bhd.

Langkah ini PERLU agar penyelenggaraan peralatan yang layak dilakukan pada tahun 2010 tidak tercicir akibat kegagalan pihak sekolah mengisytiharkannya melalui DHM kepada pihak kontraktor.

Sekian, harap maklum.