Seperti yg diketahui umum 2010 memerlukan semua pihak merancang dan melaksanakan aktiviti secara berhemah agar keperluan dan objektif masih boleh dicapai walau dalam keadaan peruntukan kewangan yang sangat meruncing.
Antara langkah yg boleh membantu ialah melalui penggunaan sistem online seperti emel, blog, portal dsb yang juga disarankan oleh pihak atasan.
Justeru GPM/Penyelaras PSS dan GPB/Guru ICT diharap dapat memainkan peranan mewakili sekolah agar kita sentiasa dapat berhubung dan mengikuti perkembangan semasa.
PKGTM mengambil pendekatan penggunaan blog dan emel sebagai platfom untuk membantu/menyokong pengurusan terutama dalam pengurusan saluran maklumat PKG-Sekolah.
Hikmah & Cabaran:
Tahun ini menguji sejauh mana kemampuan kita mempertingkat atau sekurang-kurangnya mengekal kecekapan urus tadbir aktiviti dalam keadaan peruntukan kewangan yang terbatas.