LAMAN UTAMA

15 January, 2010

RESPON BORANG TINJAUAN BENGKEL 2010

Sehingga 15.01.2010 dua buah sekolah telah mengembalikan borang tinjauan yang diedarkan berkaitan keperluan bengkel 2010.

PKG akan mempertimbang cadangan-cadangan tersebut. Bagaimanapun perlu dimaklumkan bahawa PKG terikat dengan kelulusan pihak PPD yang mengarahkan pelaksanaan semua aktiviti dipilih dan dilaksanakan secara berhemah bersesuaian dengan peruntukan kewangan yang terhad pada tahun ini.

Terima kasih kepada SMK Methodist dan SK Behrang atas respon yang diberi.