LAMAN UTAMA

22 March, 2010

PEMANTAUAN INISIATIF ICT - SPPICTS

Sepertimana yang dimaklumkan dalam mesyuarat GPM & GPB pada 22 Feb lalu pemantauan spt di atas bagi kutipan pertama telah mula dijalankan pada 21 Mac 2010 hingga 9 April 2010.

BTP diberi tanggungjawab untuk memantau dan menilai penggunaan tekn ologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran serta pengurusan sekolah. Terdapat lapan (8) medan inisiatif ICT yang dikenal pasti untuk dipantau dan dinilai pada tahun ini seperti berikut:
1) Capaian Internet
2) Pusat Akses Sekolah
3) Makmal Komputer
4) EduWebTV
5) Peralatan PPSMI
6) Perisian Kursus Pendidikan
7) ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran
8) Perkongsian Pintar

Tuan/Puan boleh layari URL

http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/

untuk mengemaskini maklumat.

Berikut adalah panduan asas bagi tugas-tugas pengemaskinian.
1) Masuk ke laman

http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/


2) Masukkan Username; K/laluan (Kod Sekolah; 123)
3) Check pada Inisiatif yang terdapat di sekolah tuan/puan
4) Masuk setiap satu dan jawab soalan2
5) Send/post respon setelah siap.

Tuan/Puan diingatkan agar tidak menangguhkannya hingga menjelang tarikh tutup berdasarkan pengalaman lampau di mana laluan akan menjadi semakin sibuk.

Lain-lain perkembangan atau maklumat akan dimaklumkan lagi.


(Maklumat lanjut SPPICTS)