Dimaklumkan bahawa program seperti di atas akan dijalankan pada akhir Mac atau awal April 2010 di SK Sungai Behrang. Dalam program ini peserta akan terlibat dengan tugasan menaiktaraf PSS berdasarkan kretiria yang akan ditetapkan seperti tugasan melabel, merekod, pembinaan bahan dan sebagainya.
Kemahiran yang akan dipelajari semasa program ini akan memanfaatkan peserta untuk mengaplikasikannya di sekolah masing-masing setelah selesai program tersebut. Adalah diharap kaedah perkongsian ilmu ini akan memanfaatkan kedua-dua pihak, iaitu sekolah yang dibantu dan sekolah GPM yang membantu.
Sehubungan dengan itu GPM/Penyelaras PSS dari sekolah-sekolah kelompok PKGTM dipelawa untuk mengikuti program itu yang akan berjalan selama 2 hari. Peserta program tidak akan dibenarkan membuat tuntutan perjalanan. Namum demikian, makan minum akan sediakan oleh pihak penganjur.
GPM/Penyelaras PSS yang berminat boleh menghubungi PKGTM untuk menyertai program tersebut. Surat panggilan akan dikeluarkan oleh PPDBP setelah diluluskan.
Sekian, terima kasih.