LAMAN UTAMA

19 August, 2010

PEMILIHAN TOKOH NILAM DAN MAJLIS ANUGERAH NILAM DAERAH BATANG PADANG 2010

Pada 13 Julai hingga 14 Julai 2010 yang lalu, telah berlangsung Program Pemilihan Tokoh NILAM dan Majlis Anugerah NILAM bagi Daerah Batang Padang, program ini telah dijalankan buat pertama kalinya di PKG Tapah Road yang sebelum ini selalunya diadakan di Pusat Kokurikulum Batang Padang. Seramai 48 orang pelajar telah menyertai program ini. Matlamat program ini adalah untuk memilih pelajar yang akan mewakili daerah Batang Padang untuk bertanding di peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung pada 27 September hingga 1 Oktober 2010 nanti.

Sebanyak 5 kategori telah dipertandingkan dalam pemilihan ini. Kategorinya ialah :
  1. Sekolah Menengah Bandar - 2 orang calon
  2. Sekolah Menengah Luar Bandar - 11 orang calon
  3. Sekolah Rendah Bandar - 3 orang calon
  4. Sekolah Rendah Luar Bandar - 31 orang calon
  5. Sekolah Pedalaman - 1 orang calon
Bagi kategori Sekolah Pedalaman hanya 3 buah sekolah sahaja yang boleh melibatkan diri iaitu SK Pos Musoh, SK Jernang dan SK Pos Tenau.

Sesi temuduga


Antara aktiviti yang dijalankan


Solat berjemaah dan tazkirah bersama Ustaz Sallehudin

Pada jam 2.00 petang 14 Julai 2010 telah diadakan pula Majlis Anugerah NILAM, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang En. Abdul Rahim B. Abdul Majid (Penolong PPD Vokasional dan Teknik) telah merasmikan majlis ini. Turut hadir wakil Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak Tn. Hj. Md. Isa B. Md. Amin (Penolong Pengarah BTPN Perak).

Sekitar Majlis Anugerah NILAM

Johan bagi setiap kategori akan menjadi wakil Daerah Batang Padang, berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori :

Sekolah Menengah Bandar
Tivya Aingari a/p Ganeson - Johan
SMK Methodist, Tanjong Malim

Harvinder Kaur a/p Singh - Naib Johan
SMK Buyong Adil, Tapah

Sekolah Menengah Luar Bandar
Nur Kamil Naim B. Muhammad - Johan
SMK (A) Slim River, Slim River

Muhammad Solihin B. Hamzah - Naib Johan
SMK (A) Slim River, Slim River

Manju Pharkavi a/p Murugesu - Ketiga
SMK Dato` Zulkifli Muhammad, Slim River

Sekolah Rendah Bandar
Murni Bt. Osman - Johan
SK Seri Bidor

Nur Syaza Maryam Bt. Ismail - Naib Johan
SK Slim River, Slim River

`Arifah Husna Zulfah Bt. Zul Bahari - Ketiga
SK Methodist

Sekolah Rendah Luar Bandar
Nur Anisha Bt. Rosmin - Johan
SK Seri Besout

Nor Fatihah Bt. Wan Pani - Naib Johan
SK Seri Besout

Ahmad Adi Iman B. Zuraidi - Ketiga
SK Aminuddin Baki, Slim River

Sekolah Pedalaman
Kimis a/l Bah Becher - Johan
SK Jernang, Sungkai

TOKOH NILAM KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

TIVYA AINGARI A/P GANESON

TOKOH NILAM KATEGORI SEKOLAH RENDAH

NUR ANISHA BT. ROSMIN

Johan setiap kategori dan Tokoh NILAM bersama Perasmi, Pengetua dan
Guru Besar masing-masing