LAMAN UTAMA

29 September, 2010

KURSUS ASAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 2011

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak mempelawa kepada semua guru yang berminat untuk mengikuti Kursus Asas Pusat Sumber pada tahun hadapan.
Kursus ini terbuka kepada semua guru di sekolah yang berminat untuk mendalami ilmu Pusat Sumber. Kursus ini bukan disasarkan kepada GPM atau guru yang bakal menjawat jawatan GPM sahaja. Sesiapa sahaja boleh menyertai kursus ini.
Bagi yang berminat untuk menyertai kursus ini, anda boleh memberi nama ke PKG Tanjong Malim. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 31 Disember 2010.