LAMAN UTAMA

29 September, 2010

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PKG TAPAH ROAD


Majlis Perasmian Bangunan Pusat Kegiatan Guru Tapah Road akan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Haji Awang pada 1 Oktober 2010 ( Jumaat ).
PKG Tapah Road menjadi wakil kepada semua 11 buah bangunan PKG di negeri Perak yang telah dinaik taraf dalam Projek Ubah Suai Naik Taraf (USNT).
Sehingga hari ini PKG Tapah Road bukan sahaja merupakan PKG terbesar di negeri Perak malah di seluruh Malaysia. Bangunan asal PKG Tapah Road adalah Kuarters Institusi Pendidikan.