LAMAN UTAMA

20 September, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2010


Mulai esok sehingga 23 September 2010, semua pelajar Tahun 6 akan mula menjalani Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Peperiksaan ini merupakan penentu kepada pelajar setelah 6 tahun berada di sekolah rendah.
Selamat Menjalani Peperiksaan UPSR diucapkan kepada semua pelajar tahun 6, semoga anda semua dapat menjawab dengan baik dan diharapkan semasa peperiksaan ini berjalan, anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera.
Jangan lupa mohon restu daripada ibu bapa dan guru-guru atas segala ilmu yang telah dicurahkan. Doakan mereka semua semoga sentiasa di dalam rahmat Allah.