LAMAN UTAMA

06 September, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Kami warga PKG Tanjong Malim mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua guru yang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kelompok PKG Tanjong Malim khasnya.

Di kesempatan ini kami memohon maaf sepuluh jari sekiranya ada keterlanjuran dan kesalahan yang kami tidak sengajakan serta menyinggung perasaan semua.

Sama-samalah kita berdoa agar dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun hadapan, dan sama-samalah kita memohon kepada Allah agar segala amalan yang kita buat Ramadhan tahun ini mendapat keberkatan dan ganjaran.

Saiful Azmi
Aidawati
Nurul Zayyani