LAMAN UTAMA

26 August, 2010

1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI


1Malaysia Menjana Transformasi merupakan tema sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-53 kita pada tahun ini, sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos setiap tahun dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama semua kementerian telah mewujudkan satu portal khas. Portal ini boleh dilayari di laman http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php

Segala maklumat berkaitan kemerdekaan bahkan maklumat mengenai Malaysia boleh didapati di portal ini. Kita juga boleh memuat turun lagu tema Hari Kemerdekaan Ke-53 iaitu 1Malaysia beserta liriknya sekali.

Diharapkan agar semua guru di kelompok PKG Tanjong Malim khasnya dapat memanfaatkan portal ini sebagai maklumat yang kita boleh sampaikan kepada murid-murid dan seterusnya menerapkan semangat kenegaraan di jiwa mereka.